TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
Updated: Jun 6, 2021
Sosiologi merupakan ilmu sosial yang mempelajari mengenai perilaku sosial antara kelompok dengan kelompok lainnya ataupun dari individu dengan individu lainnya. Manusia merupakan makhluk sosial yang mana kehidupan sehariannya akan selalu berkaitan dengan hubungan sosial. Sebagai salah satu ilmu dalam bidang pembelajaran,tidak dinafikan yang mana cabang – cabang ilmu yang ada dalam ilmu sosiologi ini sangat luas berbanding ilmu-ilmu lain.Hal ini dikatakan demikian kerana , ilmu sosilologi tidak hanya melihat atau mempelajari bagaimana pengaruh orang terhadap orang lain sahaja namun ianya juga ada pada bidang-bidang lain dan antaranya ialah dalam bidang Pendidikan. Sehubungan dengan itu,setiap ajaran atau pembawakkan sesuatu ilmu mestilah adanya tokoh-tokoh atau ahli -ahli pakar yang terlibat atau memiliki peranan yang amat besar dalam mengembangkan ilmu tersebut.Tidak terkecuali dalam ilmu sosiologi yang mana memiliki beberapa tokoh-tokoh terdiri daripada pelbagai jenis negara yang memiliki perwatakkan yang amat berpengaruh dalam bidang sosiologi dengan teori-teori sosiologi yang telah diasaskan olehnya.
Ibnu Khaldun (1332-1406)
Sebelum hadirnya tokoh-tokoh atau ahli falsafah sosiologi dari barat seperti Auguste Comte yang digelar sebagai bapak kepada ilmu sosiologi, telah hadirnya pencetus utama dari ilmu sosiologi dari tokoh yang beragama islam iaitu Ibnu Khaldun tokoh penting peradaban Islam abad ke-14. Dalam dunia modern ia juga dikenali sebagai Bapak Sosiologi yang masih menjadi rujukan atau panduan kepada para-para guru dalam menerapkan teori sosiologi. Ibnu Khaldun memiliki nama lengkap iaitu Abu Zaid Abdul Rahman bin Khaldun ibn Waliudin al-Tubisi al-Handrami. Adapun karya yang ternama iaitu kitab Al-Ibar dengan berjilid-jilid. Jilid pertama yang paling populer iaitu ‘Muqaddimah’ dalam dunia barat disebut juga sebagai Prolegomena. Kemasyhuran Ibnu Khaldun dimulai pada abad ke-17. Tetapi orang-orang Eropah mula menilik atau merujuk karyanya pada abad ke-19. Buku yang diterbitkannya adalah Muqaddimah dan orang pertama yang mengangkatnya adalah Auguste Comte seorang falsafah sosiologi dari francis.Pada buku Muqaddimah ini pula, Ibnu Khaldun menguraikan makna ilmu sosial. Salah satu pemikiran sosial Ibnu Khaldun iaitu “ashabiah” dalam bahasa mudahnya mengenai perpaduan. Dengan adanya perpaduan atau ashabiyah inilah membuat sekelompok manusia dapat mengatasi manusia lainnya.Nilai-nilai perpaduan yang diterapkan ini mewujudkan ukhwah antara satu sama lain dalam hal kemajuan sesuatu kelompok. Namun begitu,ada juga perkara yang tidak boleh dielakkan jika nilai-nilai ashabiyah tersebut tidak lagi diperhatikan maka akan rosaklah nilai budaya sosial masyarakat.Ibnu Khaldun menegaskan bahawa rendahnya nilai ashabiyah ini juga yang menyebabkan peradaban suatu kaum mudah diadu domba oleh orang-orang yang tidak baik. Hal ini jika kita telaah pada kehidupan saat ini, manusia perlu memperkuat nilai-nilai perpaduan antara satu sama lain dengan landasan keimanan.Jika tidak berdasarkan satu visi karena Allah SWT maka tidaklah pada jalan yang benar, agamalah yang mempersatukan umat dengan alasan saudara seagama kita dapat terus menyebarkan syariat agama Islam.
Auguste Comte (1798-1857)
Auguste Comte merupakan ilmuwan asal Perancis yang juga mendapat julukan sebagai Bapak Sosiologi. Istilah sosiologi pertama kalinya juga dikemukakan oleh Comte di tahun 1839. Auguste Comte mendefinisikan sosiologi sebagai ilmu positif.Oleh itu , sosiologi berfungsi sebagai mempelajari gejala-gejala sosial dalam masyarakat berlandaskan kepada logik, rasional dan ilmiah.Auguste Comte dan tokoh-tokoh lain seperti Herbert Spencer dan Emile Durkheim merupakan pengasas kepada teori fungsionalisme. Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.Mengikut teori ini masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri.Auguste Comte memperkenalkan metode positif iaitu hukum tiga tahap iaitu tahap teologis (percaya terhadap kekuatan dewa), tahap metafizik (percaya pada kekuatan abstrak)dan tahap positif (percaya terhadap ilmu sains) . Hukum ini dalam teori sosiologi secara ringkasnya ia memperjelaskan tahap atau tingkatan intelektual dalam perkembangan manusia.Oleh hal yang demikian, melalui sosiologi diharapkan ia mampu mempercepat positivisme yang membawa ketertiban pada kehidupan sosial.
Karl Marx (1818-1883)
Karl Marx lebih dikenali sebagai tokoh sejarah dan ekonomi daripada seorang sosiologi..Menurut Karl Marx dalam teori Sosiologi yang terkenal adalah mengenai Kelas Sosial yang ternyata dalam pandangannya yang mana kelas sosial memberikan tekanan kepada kehidupan masyarakat. Karl Marx mengktitik kapitalisme dan menggolongkan masyarakat kapitalis kepada dua kelas iaitu kelas pemilik modal (borjuis) dan buruh (proletar).Golongan kapitalisme adalah golongan yang sibuk mencari kemewahan dan kekayaan dengan cara menindas golongan bawahan.Oleh hal yang demikian ,Karya Karl Marx yang telah mengilhamkan gerakan dan kebangkitan kaum buruh sehingga kaum buruh memandang perlu ajaran Karl Marx tersebut dijadikan senjata moral dan senjata politik untuk membebaskan dirinya dari penghinaan dan penindasan kaum kapitalis. Menurut Karl Marx, pada suatu saat kaum proletar akan menyadari kepentingan bersama sehingga bersatu dan memberontak terhadap kaum kapitalis. Mereka akan memperoleh kemenangan yang akan mengakibatkan terhapusnya pertentangan kelas sehingga masyarakat proletar akan mendirikan masyarakat tanpa kelas.
Emile Durkheim (1859-1917)
Emile Durkheim merupakan antara tokoh sosiologi yang terawal selepas Auguste Comte. Durkheim terpengaruh oleh tradisi para pengkaji bangsa france dan Jerman. Semua pengaruh ini diolah dengan kreatif oleh Durkheim sehingga sumbangannya sangat mengesankan dan berpengaruh besar terhadap ilmu Sosiologi pada abad ke-20.Emile Durkheim adalah tokoh sosiologi yang turut mengasaskan teori fungsionalisme Bersama tok gurunya Auguste Comte.Terdapat tiga perkara utama yang dihubungkan dengan idea dan pemikiran Durkheim berkaitan dengan teori fungsionalisme iaitu fakta sosial, perpaduan dalam masyarakat dan fenomena bunuh diri.Selain itu, Dalam karya besarnya yang pertama, Durkheim membahas dan memperjelaskan tentang isu masalah pembahagian kerja yang berfungsi untuk meningkatkan perpaduan.Di dalam bukunya “division of labour in society, Durkheim membahagikan dua bahagian utama perpaduan iaitu Mekanikal dan organik.Menurut Durkheim,di dalam ilmu sosiologi kita perlu mempelajari berkaitan fakta-fakta sosial mengenai cara bertindak, berpikir dan merasakan apa yang ada di luar individu dan memiliki daya paksa atas dirinya.
Herbert Spencer (1820 - 1903)
Herbert Spencer adalah seorang ahli falsafah serta pengkaji teori liberal klasik berkebangsaan Inggeris. Menurut Herbert Spencer, fungsionalisme struktural adalah sebuah sudut pandang luas dalam sosiologi dan antropologi yang berupaya menafsir masyarakat sebagai sebuah struktur dengan bahagian-bahagian yang saling berhubungan. Fungsionalisme menafsirkan masyarakat secara keseluruhan dalam hal fungsi dari elemen-elemen konstituennya, terutama norma, adat, tradisi, dan institusi.Herbert Spencer berkontribusi terhadap berbagai macam subjek, termasuk etnis, metafisik, agama, politik, retorik, biologi, dan psikologi. Ia menganalisis masyarakat sebagai suatu sistem evolusi serta menjelaskan pengertian tentang "hukum rimba" dalam ilmu sosial. Pada tahun 1879, Herbert Spencer mengemukakan sebuah teori tentang evolusi sosial yang hingga kini masih dianut meskipun terdapat perubahan dan penyempurnaandalam teori tersebut.Hebert Spencer yakin bahwa masyarakat akan mengalami evolusi dari masyarakat primitif ke masyarakat industri. Herbert Spencer memperkenalkan pendekatan analogi organic yang memahami masyarakat seperti tubuh manusia, sebagai suatu organisasi yang terdiri atas bagian-bagian yang tergantung satu sama lain.
George Herbert Mead (1863-1931)
Merupakan tokoh penggerak bagi teori interaksionisme simbolik yang menggunakan gambaran pembentukan atau pertumbuhan diri manusia.Menurutnya George herber mead, tahap sosialisasi atau pertumbuhan anak mempunyai 3 tahap iaitu tahap bermain (play stage), tahap permainan (game stage) dan tahap pengambilan peranan individu lain (taking the role of other).Beliau menyatakan bahawa interkasi manusia dengan alam sekeliling tidak berlaku secara langsung. Sebaliknya, manusia berinteraksi denga kejadian yang memberi makna mahupun benda yang berada di persekitaran mereka seperti makna lampu lalu lintas, isyarat tangan dan sebagainya.W.I. Thomas (1863-1947) menyatakan tentang definisi sesuatu situasi yang mana kita hanya akan bertindak apabila kita telah menetapkan atau mengetahui sifat sesuatu situasi.Sebagai contoh , apabila seorang individu mendekat dan mengulurkan tangan kanannya ia diertikan sebagai salam persahabatan namun jika tindakkan tersebut sebaliknya maka makna terhadap situasi tersebut berlainan.Oleh hal yang demikian, Kegagalan dalam merumuskan situasi perilaku secara benar dan berinteraksi dengan tepat akan menimbulkan akibat-akibat yang kurang menyenangkan.
Comments